Monday 10 June 2013

apa nak dikata (^_^)

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صلى على محمد
Alhamdulillah, biiznillah..setelah lama menyepi dapat juga nak update blog ni harapnya dapat memberi manfaat kepada pembaca.. 

apa nak dikata :) 

…selagi kamu hidup….


...selagi kamu bernafas...


...selagi itulah kamu masih ada peluang untuk berubah…


...memang agak sukar…


...tetapi kamu boleh berubah…



...usah lelah dalam berusaha untuk berubah…


...mungkin kita susah nak ubah persepsi orang lain terhadap diri kita selepas kita mulai langkah pertama untuk berubah ..

...mereka masih menghantui akan sikap dan perbuatan tentang diri kita yang lama,tidak mengapa jadikan ianya sebagai cabaran dan ujian buat kita...


...jangan jadikan ianya sebagai alasan untuk kita lemah dalam merubah diri...


Kita sebagai orang beriman jangan mudah putus asa… sesungguhnya Allah suka pada orang yang tidak mudah putus asa...mintalah pada Allah agar dikuatkan hati insyaAllah walau beribu halangan yang kita tempuhi Allah akan bantu kita..pedulikan kata-kata orang,utamakan pandangan Allah terhadap kita..:)

Allah berfirman:

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan Segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" (surah Az-Zumar ayat 53)


 
p/s :doodle yang dibuat sendiri tak berapa nak jadi..hehe..
#moge Allah memberkati kehidupan kita semua#
.

Monday 1 October 2012

kata2 yang awesome


kata2 yang awesomeJ
hari ini nak cakap pasal s.a.h.a.b.a.t pula. Yana pasti semua orang ada sahabat . Antara perkara yang yana suka dengan sahabat ini apabila mereka mengeluarkan kata2 yang awesome, contohnya:

(^-^)  :  Terima kasih na…
(rasa diri ini dihargai,hoho)

(=_=): Jalan elok2 ya,klau ada apa2 msg tau…
(take care kwn trhadap kwnnye,hihi)

(‘_’) : x pe yana,buat slow-slow insyaAllah nanti siap kerja tu..
(hee,kata2 semangat dari kawan)

(#_#) : yana tau tak kita ni hidup kat dunia ni tak lama,sekejap je..
(huhu,insaf2..kwn yg beri peringatan kepada kawannya)

..selalu kita dengar kawan adalah cerminan buat diri kita,kalau kita pilih kawan yang baik insyaAllah diri kita juga terikut untuk menjadi baik.

sebagai sahabat kita perlu pandai menjaga dan menghargai sahabat kita dan kita juga perlulah membentuk diri kita untuk menjadi sahabat yang terbaik, insyaAllah..

Pada sahabat2 yang kenali yana especially (tikah,iqa,ummu,ku,ila,raihan,ida,idah,mai,ain,k.teha,im, dhiya, kira,k.zati dll) ,sayang korang semua,maaf sgt2 atas segala kesilapan yana.huhu. moge ukhwah persahabatan yang dibina ini kekal dan membawa kita hingga ke syurga..

Wednesday 7 December 2011

diri telah diuji

Diri, telah duji ,
Masakan aku tidak merasa perit,
Sesungguhnya Allah sahaja yang mengetahui bahawa betapa sakitnya hati ini,
Tetapi Alhamdulillah,
 kini aku sedar bahawa segala perkara yang berlaku ini adalah ketentuan llahi,
Masakan aku marah pada Perncipta ku,Allah,
Astaghfiruallah, Astaghfiruallah,Astaghfiruallah,

Biarlah diri ini,
Hati ini,
Sakit, merana,Pada masa ini,

Asalkan aku mengecapi bahagia pada akan datang(hari akhirat),
InsyaAllah, sesungunhya Allah tahu apa yang terbaik untuk aku,
Dan aku berasa ujian ini adalah terbaik untuk aku,
 agar sentiasa mengingat,menginsafi,

Allah tahu apa yang terbaik untuk kita wahai diri,
Berprangsangka baiklah pada Allah,
Sesunnguhnya Allah Maha Penyanyang terhadap hambanya
Dan sangat mencintai kita,
Betapa banyak nikmat yang Allah bagi pada diri ini,
Tidak sepatutnya seseorang itu menyalahkan takdir llahi jika sesuatu yang buruk berlaku pada dirinya,
Astaghfirullah, Astaghfiruulah,Astaghfiruualh,
Hinanya diri ini, lemahnya diri ini,
Hanya kepadamu ya Rabb,
Ku pinta segalanya.

Sunday 4 December 2011

"Insafilah diri" memang senang untuk kita tuturkannya tapi berapa ramai orang yang meresapkan "jiwa keinsafan"  ke dalam amali kehidupan, selalunya kita selalu berasa insaf hanya seketika,kemudian kita lalai lagi..


Adakah kita menginsafi diri kita hanya apabila kita mendengar seseorang tersebut meniggal dunia? Adakh masa itu kita baru teringatkan alam akhirat ,alam barzakh? …………………


kita tahu itu semua adalah benar dan wujud. kita beriman dengan rukun iman dan islam tetapi kenapa kita setakat menghafal tetapi tiada penghayatan dalam diri, kesannya  kehidupan  manusia jauh daripada Allah. 


  Setengah orang mengatakan aku islam kerana aku tahu islam dengan mengatakan bahawa mereka tahu rukun iman dan rukun islam,adakah setakat mengetahui perkara2 tersebut kita dianggap seorang islam yang hakiki???????????? Renung2lah wahai umat manusia sekalian.

Allah Subhanahu wa Ta’ala memberikan peringatan kepada manusia akan fitnah (cubaan) berupa harta dan anak-anak dengan firman-Nya:
“Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanya sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.” [Al-Anfaal: 28]

#harap dapat memberi kesedaran kepada hati diri ini dan hati sekelian..#